Pakej Nikah 2017

Pakej Khidmat Nikah di Thailand Hanya Rm2***

  1. Khidmat yang lengkap. Dapat semua dokumen, termasuk surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla
  2. Pengangkutan yang selesa disediakan untuk semua perjalanan di Thailand
  3. Kami senantiasa bersama untuk membantu bagi semua urusan di Thailand
  4. Kami Sediakan Hotel Bertarap 3* untuk pasangan selama 1malam (termasuk didalam pakej)
  5. Pernikahan cuma berlangsung di Pejabat Agama Islam Songkhla yang diiktiraf oleh Konsulat Malaysia dan JAKIM
  6. Bayaran Termasuk Pengangkutan(pergi dan balik), Hotel(3*) & Makan Petang (di songkhla)
  7. Bantuan Pendaftaran Nikah. Kami memberikan khidmat nasihat untuk pendaftaran nikah di Malaysia
  8. Harga yang berpatutan. Kalau nikah di Betong atau nikah di Narathiwat, perbelanjaan tambahan akan diperlukan kemudian nanti untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla
  9. Bagi mereka yang memerlukan khidmat guaman bagi perbicaraan pengesahan nikah di Malaysia, kami ada peguam yang sangat berpengalaman dalam bidang ini.
    Tidak ada cara untuk mendaftar di Malaysia dengan sah kecuali dengan melalui proses perbicaraan di mahkamah syariah. Jangan berurusan dengan sesiapa yang bersubahat dengan sindiket yang mengeluarkan surat nikah palsu dari Malaysia!! Belajar dari surat nikah palsu yang pernah dialami oleh beberapa orang dikalangan warga Malaysia.
  10. Kami juga menguruskan Perceraian di Thailand
Tetapkan tarikh sendiri. Tiada had bilangan pasangan yang boleh kami bawa ke sana dalam sehari. pasangan hanya perlu sediakan duit MAS KAHWIN . segala kos di majlis agama islam songkhla dan konsulat malaysia termasuk didalam pakej. sememangnya murah !! Insya'Allah kami sentiasa ada untuk memudahkan segala urusan disana . 

Dokumen untuk Perkahwinan di Thailand

Dokumen untuk Perkahwinan di Thailand 2017

  1. Kad Pengenalan
  2. Pasport atau Pas Sempadan
    Pasport hendaklah mempunyai baki tempoh sah tak kurang dari 6 bulan dari tarikh memasuki Siam. Bagi mereka yang tidak mempunyai pasport, pasport yang paling murah berharga RM200 untuk tempoh 5 tahun.
    Pas sempadan hanya boleh dipohon oleh penduduk Perlis, Kedah, Kelantan dan tiga daerah di Utara Perak. Penduduk lain di Perak dan penduduk negeri-negeri lain perlukan pasport antarabangsa.
    Mereka yang dikenakan sekatan perjalanan (disebabkan muflis, sekatan PTPTN atau lain-lain) tidak dibenarkan untuk membuat pasport atau pas sempadan. Semak status sekatan perjalanan di sini.
  3. Bagi janda/balu:
    Bawa surat kematian suami atau surat cerai yang asal.
    Kalau baru bercerai dan belum menerima surat cerai, tunggu sehingga dapat surat cerai sebelum perkahwinan di Thailand. Majlis Agama Islam di Thailand tidak akan menikahkan tanpa surat cerai/kematian suami yang asal.
    Pastikan juga tempoh iddah sudah tamat. MAIS menggunakan tempoh 3 bulan 10 hari untuk iddah bagi perempuan yang bercerai, bukan 3 kali suci. Tunggu tempoh yang lebih panjang diantara dua itu.
  4. Pemegang Permit Kerja:
    Warga asing pemegang permit kerja di Malaysia tak layak mendapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, tapi boleh nikah di Thailand. Kalau boleh, tunggu sampai permit kerja dah tamat tempoh dan warga asing berkenaan menggunakan visa pelawat sahaja.
  5. Bagi polis atau tentera:
    Sebaik-baiknya dapatkan kebenaran bertulis dari jabatan masing-masing dulu. Konsulat Malaysia tidak akan mengeluarkan surat pengesahan nikah selepas nkah di Thailand bagi polis dan tentera.
  6. Bagi warga negara asing (bukan dari ASEAN):
    Semak dari Kedutaan Siam, tak kira di Malaysia atau di negara asal mereka, sama ada mereka perlu mendapatkan visa dari Kedutaan Siam sebelum memasuki Siam. Kegagalan berbuat demikian memungkinkan mereka tidak dibenarkan memasuki Siam.

Dokumen setelah nikah di Thailand

Dokumen setelah nikah di Thailand

Ada empat dokumen penting yang perlu dibawa balik:

  1. Surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia
  2. Surat nikah yang ada cop Konsulat
  3. Surat pengesahan nikah dari Pejabat Agama yang ada cop Konsulat
  4. Gambar bersama jurunikah dan saksi, disahkan oleh Konsulat.

Soalan Lazim - Soal Jawab Nikah Thailand

1.  Bagaimanakah saya hendak menggunakan perkhidmatan ini? 
 Melalui call/sms/whatsapp ke 013 - 591 6669 Hj. Hanif .


2. Adakah sah kahwin di Thailand?
      Sah, menurut Muzakarah jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 Link http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kahwin-lari-di-selatan-thailand


3.  Bolehkah pasangan saya memeluk islam di Majlis Agama Islam Songkhla 
     Insya'Allah boleh bagi pasangan yang belum lagi memeluk islam



     4.Adakah ini sindiket palsu?
    Sindiket palsu tidak akan membawa anda ke Majlis Agama Islam Songkhla dan konsulat Malaysia untuk mendapat pengesahan sijil nikah. 

     5. Usia muda yang diterima pendaftaran konsulat?
      20 tahun ke atas
    
   6. Usia paling muda boleh nikah di Thailand?
      Lelaki/ perempuan usia 18 tahun


7.Saya dan pasangan masih student?
      Tiada masalah jika anda penuhi syarat sah


8.Bolehkah akad nikah dilakukan dua kali dengan pasangan yang sama

Menurut fatwa ulamak, tidak ada tegahan untuk mengulangi aqad yang telah sah sama ada untuk tujuan pengisytiharan, memenuhi prosedur rasmi atau sebagainya. Sekiranya kami pulang ke Malaysia hanya dengan sijil nikah dari Siam / Thailand, adakah kami boleh ditangkap khalwat?
-          Bagi pasangan yang mempunyai sijil nikah yang sah dari dalam negara (Malaysia) atau luar negara 
      (Thailand, Indonesia & sebagainya) tidak boleh sama sekali disabitkan atas kesalahan khalwat.
      
     9. Adakah kemungkinan pernikahan di Thailand/ Siam tidak sah?
    Kemungkinan besar pernikahan adalah tidak sah sekiranya pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Jurunikah yang tidak mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia ataupun pernikahan tersebut dilangsungkan di luar Majlis Agama Islam Thailand yang diikttiraf (Songkhla, Satun, Pattani, Yala & Narathiwat sahaja diiktiraf oleh Malaysia). 
     
    10.Bolehkah kami dapatkan sijil nikah & surat pengesahan konsulat dalam masa satu hari?

     Tidak boleh. Urusan nikah boleh selesai dalam masa satu hari sahaja. Namun, Pejabat Konsulat meletakkan syarat bahawa setiap surat pengesahan nikah hanya akan dikeluarkan dalam masa dua hari bekerja. 


   11. Bolehkah kami bernikah pada hari Sabtu, Ahad atau Cuti Umum?
      Boleh. Majlis Agama Islam Songkhla beroperasi setiap hari kecuali hari Jumaat sahaja. 
      
      12. Kenapakah akad nikah di Songkhla?
       Kerana berdekatan dengan Pejabat Konsulat Malaysia dan tempatnya lebih selamat dari pergolakan selatan thai.



Kahwin Thailand Mudah - Tentang Kami

Assalamualaikum saya ( Hj. Hanif ) bersama rakan ( Salleh ) menguruskan pasangan nikah di thailand dengan berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang nikah ini, saya berada di Butterworth, Pulau Pinang .

Sebarang pertanyaan atau soalan boleh terus Menghubungi / Whatapps kami ditalian :-

013 - 591 6669 ( Hj. Hanif ) 

Insya'ALLAH kita merancang ALLAH menentukan semoga setiap perkara yang menuju kearah kebaikan dipermudahkan dan pihak kami sentiasa sudi membantu dengan pakej yang berpatutan yang merangkumi makan , hotel dan pengangkutan termasuk segala bayaran pejabat agama songkhla dan consulate malaysia. sebarang pertanyaan terus hubungi kami.

Pakej Nikah 2017

Pakej Khidmat Nikah di Thailand Hanya Rm2*** Khidmat yang lengkap. Dapat semua dokumen, termasuk surat pengesahan dari Konsulat Malaysia ...