Perjalanan Nikah di Thailand
Contoh : Pasangan yang ingin kahwin di Siam itu berasal dari Kuala Lumpur.
Pasangan ini boleh menaiki bas malam dari Pudu untuk pergi ke Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam untuk sampai ke sana awal pagi
Dari sana, pasangan ini akan dibawa untuk kahwin di Thailand, di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla yang diiktiraf oleh JAKIM.
Pernikahan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Tapi, kalau ada pasangan lain, perlu menanti giliran. Selesai akad, sijil dikeluarkan. Majlis Agama Islam Songkhla juga mengeluarkan surat pengesahan yang ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla.
Sebagai langkah mencegah sindiket palsu, Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla tidak lagi membenarkan rakyat Malaysia berkahwin dimana-mana tempat selain Pejabat Majlis Agama Islam di Khlong Hae, yang terletak di antara Hat Yai dan Songkhla..
Setelah mendapat pengesahan dari majlis Agama di Songkhla, pasangan akan dibawa ke Konsulat Malaysia di bandar Songkhla untuk mendapatkan pengesahan dari Konsulat Malaysia pula. Perjalanan dari Majlis Agama Songkhla mengambil masa setengah jam. Konsulat akan mengeluarkan surat pengesahan pada petang hari esoknya
Surat pengesahan Konsulat Malaysia hanya boleh didapati di Songkhla, tidak di Yala atau Narathiwat, dan tak boleh diwakilkan kepada orang lain untuk mengambilnya. Surat ini mesti disertakan masa permohonan pendaftaran di Malaysia nanti.
Pasangan yang nikah di Narathiwat atau Betong lazimnya tidak akan dibawa oleh agen ke Songkhla untuk mendapatkan surat pengesahan Konsulat. Tanpa surat pengesahan Konsulat, pasangan boleh didakwa di mahkamah syariah bila balik nanti, selain susah untuk mendaftarkan pernikahan itu di Malaysia.
Segala prosedur nikah di Thailand di MAIS insya Allah akan selesai selewatnya tengah hari. Ada masanya, proses di MAIS lewat sedikit disebabkan terlalu ramai pasangan yang datang pada hari yang sama atau masalah lain di MAIS. Keadaan ini jarang berlaku, tapi kalau terjadi, pasangan perlu bersedia untuk berada di sana sehari lagi dengan sedikit kos tambahan, atau datang semua kemudian nanti untuk mendapatkan surat Konsulat. Tapi, biasanya urusan di MAIS dan Konsulat boleh selesai lebih kurang tengah hari. Selepas itu, pasangan bebas untuk membeli-belah, bersiar-siar di bandar Songkhla atau Hat Yai, atau berehat di hotel.
Pada hari berikutnya, kami akan jemput dari hotel untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat dan seterusnya kembali ke Bukit Kayu Hitam.
No comments:
Post a Comment